Isnin, 2010 Februari 01

XPDC TO CHENGAL BESAR DUNGUN

Pada 29-30 January 2010, Kelab Sport dan Rekreasi Saltmine aku ade mengadakan aktivity tersebut. Pada jam 1000hrs, sebanyak 12 jalopy pacuan 4 roda berkumpul di KIPC. Konvoi bergerak ke Jongok Batu pd jam 1100 hrs. Selepas solat Jumaat konvoi meneruskan perjalanan off road ke Camp Site Sg Loh. Lebih kurang 18 Jalopy dari merata tempat menyertai acara ini. Pergerakan agak lambat kerana peserta terpaksa menempuhi kesukaran untuk merentasi sungai dan tebing yang agak tinggi dan becak (lecoh).




Selasa, 2010 Januari 19

KACAU SURO HRC & PDRM PAKA

Pada Sabtu 16 Jan 2010, beberapa ahli HRC yang berkelapangan telah menghadirkan diri ke majlis membuat bubur Asyura di Balai Polis Paka. Majlis ini adalah kerjasama HRC dan Balai Polis Paka..
Pertandingan mewarna utk anak2 kedua2 pihak juga dijalankan bagi memeriahkan suasana tersebut. Terima Kasih kpd Tn Mahadi Ketua Balai Paka dan Pak Pandi (DMM) Preasiden HRC kerana kejayaan majlis ini...

HRC & PDRM Paka...
gmbr aku x de..tukang amik gmbr...


Golongan XYL

Khamis, 2009 Disember 31

HELANG RECREATION CLUB


HRC atau Helang Recreation Club yang berpenkalan di Dungun telah berjaya ditubuhkan.
Kelab rekreasi ini mengabungkan pelbagai activity antaranya:-
1 - Radio Amatur 2 - Pacuan 4 x 4 3 - Scuba Diving 4 - Motorcross 5 - Berbasikal
6 - Shooting 7 - Memanah 8 - Memancing 9 - Aktiviti Kemasyarakatan.
Berikut adalah carta penaja yang dicadangkan ;

Penaung - YB Matulidi ( Ahli Parlimen Dungun )

Presiden - Afandi Mohamad ( 9W2DMM )
Tim Presiden -Md
Isham Isa ( 9W2ISE )
Penasihat - Hj Hamiddon Hj Ali ( 9W2HBA )

Setiausaha - Ramli ( 9W2RET )
Pen Setiausaha - Wan (9W2WNA )
Bendahari - Zaim ( )
Tim Bendahari - Youhanis( 9W2YMM)

Ajk Logistik - Tg Asharuddin ( 9W2TQA )
Ajk Rekreasi - Zulkifli ( 9W2ZBI )
Ajk IT / Admin -1 - Norafidah Ramad ( 9W2DAH )
Ajk IT / Admin -2 - Bad ( 9W2BRD )

Ajk Kebajikan - Mustafa Yaacob ( 9W2XAR )
Ajk Teknikal - Faqrul ( 9W2FQL )

Semoga Kelab ini akan berjaya dan berkembang dengan objektif nyer yang tersendiri..

Sila layari : http://helang-rct.blogspot.com




Jumaat, 2009 Disember 25

ASTRO LNB

Sudah 3 hari paparan di TV ku menunjukan "Service Currently not Available". Maka aku suspect LNB punya hal, biasanya benda ni selalu jd masalah.

LNB atau nama sebenarnya Low Noise Block Converter ialah satu alat yg menerima signal dari satelit (high frequency) dan mengubahnya kepada (low freq) dan mengalirkan melalui coaxial cable ke decoder. Begitulah lebih kurangnyer..Harganye Cuma RM80..

Tetapi setelah dipasang LNB baru, gmbar muncul secara intermitant...ini ada masalah lain ni...
Rupa2 nyer decorder problem...mengikut Astro installer, harga decorder baru lebih kurang RM 600...kalu buka account baru cuma RM80 dapat semua baru...jadi aku buka la account baru dan potong account lama...dapat semua baru, decoder, dish, LNB dan kabel...

Service currently not available

Low Noise Block (LNB) Old & New

Goodbye Old Decoder (atas - 6years service) New Doecoder (below)



Ahad, 2009 Disember 20

EQUATORIAL BANGI

Sempena cuti, training dan balik ke kg XYL di Ulu Langat, bermalam di Htl Equatorial Bangi...
Hotel ni duk atas bukit, bleh monitor V38. Repeater Nasrac, Astra Genting, MARTS Ulu Kali, SCS semua dpt...Harganya RM 235 wi/out bfast...Kolam dia best...wachaa...

Kelihatan sekumpulan burung Walit berehat di anjung hotel...sesuai buat Sarang dia ni..

Garden View yang comel

berendam je.

Pool View from 8th Floor




Khamis, 2009 Disember 17

SALAM MAAL HIJRAH

Satu Muharram detik permulaan, perpindahan nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah....
Salam Ma'al Hijrah untuk semua rakan HAMS...

Ahad, 2009 November 08

9M4RBT - UPGRADE POWER SOURCE

Pada 07 November 2009, lebih kurang 1030hrs seramai 7 station (WNA, FQL, ERZ,TQA, YNN, IAR & BRD) mula mendaki naik ke Bukit Bauk Dungun untuk aktiviti pemasangan kabel elektrik ke Repeater menggantikan bekalan kuasa yang sebelum ini hanya menggunakan bateri & Solar. Memandangkan musim tengkujuh yang sudahpun melanda pantai timur, kemunculan sinar matahari yang menjadi punca kuasa repeater amat lah terbatas. Kemunculan 9w2WZA dengan bekalan mee goreng, air batu dan keropok pada jam 1530hrs memberi tenaga kpd rakan2 untuk meneruskan kerja2. Pemasangan siap pada jam 1845hrs.


bersama TQA di depan gate TM

Memasang tali turun ke repeater

9M4RBT

Membelah Jalan

Solar Panel, x pakai dah selepas ini

Sungai Paka View

Logistic

Lagi gambar di http://www.mycallsign.my

73


Khamis, 2009 Oktober 22

YELLOW iCOM


Comelnya handy ni, warna kuning lak tu..tapi x leh pakaila utk amateur...
Handy ni jenis IC-GM1600 for Survival Craft VHF Marine..dia ade one touch access to channel 16...calling channel utk marine la ni...tersnap gambar ni masa naik Vessel kat Saltmine...






73