Rabu, 29 Oktober 2008

WoodBall


Munkin permainan ini jarang diketahui ramai lagi diMalaysia. Permainan dipanggil Woodball. Ia menyerupai permainan Golf, tetapi berlainan dari beberapa peralatan. Permainan dimainkan dipadangnya yang tersendiri yang mempunyai 24 Gates. Peralatan yang diperlukan ialah "Mallet", kayu yang berbentuk T. Bahagian bawahnya menyerupai botol. Kedua " Ball" di perbuat dari kayu yang berukuran +- 3.7 Inchi diameter. Ketiga "Gate" atau gol yang mempunyai dua tiang yang berbentuk botol. Markah dikira melalui pukulan yang paling sedikit untuk memasuki gate pada setiap fairway....anda bila lagi. Gambar diatas ketika friendly match dengan pemain Malaysia dan juga pemain Pahang di Padang Woodball OGT pada tahun ini.....jomla join....best-best

Jumaat, 10 Oktober 2008

MESRA MALL


Pada tanggal 2005 MB terengganu memecahkan batu asas di kawasan Kerteh Rantau Petronas utk bg membina sebuah komplek membeli belah dikawasan tersebut. projek tersebut dibawah kawalselia KLCC holding anak syarikat Petronas.

Pada 10 Oktober 2008, Komplek tersebut telah pun dibuka utk kegunaan org ramai.

Diantara kemudahan yg terdapat disana ialah pasaraya Giant, Bank, Bowling, Pawagan etc.

Dengan kewujudan komplek tersebut, serba sedikit membantu penduduk dikawasan ini menikmati kemudahan yang berdekatan selain dari bandar Chukai dan Kuantan


Isnin, 6 Oktober 2008

KOTA JEMBAL

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.

Rabu, 1 Oktober 2008

HOBI RADIO AMATEUR


Di Petik dari Utusan Malaysia, Khamis 12 Jun 2008

KOTA BHARU 11 Jun - Biar pun jumlah pengguna radio amatur tidak ramai iaitu kira-kira 300 pengguna berlesen di negeri ini tetapi ia berkembang agak pantas dan menjadi hobi yang popular pada masa kini.

Malah sejak tahun lepas, beberapa persatuan radio amatur ditubuhkan hampir di setiap daerah di negeri ini seperti Kelab Radio Amatur Kota Bharu (ARKB).

Presiden ARKB, Sydina Abidin Abdullah berkata, kelab tersebut ditubuhkan pada penghujung tahun lepas dan kini sedang giat untuk mengumpulkan ahli-ahli yang berselerak di negeri ini.

Katanya, ramai yang tidak memahami kegunaan sebenar radio amatur dan kebanyakannya hanya beranggapan untuk berkomunikasi semata-mata.

"Secara umumnya, radio amatur merupakan perkhidmatan radio komunikasi bagi tujuan latihan diri, interkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur.

"Malah dengan pembelajaran yang berterusan radio amatur boleh juga digunakan bersama Internet untuk meluaskan lagi penggunaannya.

"Kini, radio amatur merupakan hobi yang semakin popular dengan dianggarkan pengendalinya melebihi enam juta orang di seluruh dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sydina Abidin berkata, hobi radio amatur tidak memerlukan kos yang tinggi dan ianya amat berpatutan dengan faedah yang diperoleh penggunanya.

Katanya, kos untuk sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan sebuah televisyen bersaiz 14 inci iaitu di sekitar RM400.

"Bagi sebuah radio yang besar pula kosnya adalah sama dengan sebuah komputer, jadi ia tidak terlalu mahal, melalui hobi ini kita boleh menambah kenalan dari seluruh dunia.

"Tetapi hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat radio amatur, bagi mendapatkan sijil perakuan ini tidak terlalu susah syaratnya ialah warganegara Malaysia dan berusia lebih 14 tahun serta lulus ujian," katanya.

Menurutnya, untuk peringkat asas sesorang itu perlu lulus ujian kefahaman radio bagi mendapatkan sijil perakuan kelas B manakala peringkat pertengahan mereka harus ujian kod morse dan ujian-ujian teori serta radio bagi mendapatkan sijil perakuan kelas A.

Kata beliau, kedua-dua sijil tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selepas lulus ujian yang diadakan.

"Lebih menarik pengguna radio amatur mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri di udara, kesemua mereka diberikan satu nama panggilan atau callsign yang terdiri daripada abjad dan nombor yang mewakili kawasan pemanggil.

"Sebagai contoh, 'callsign' untuk saya ialah 9W2SYD atau sebutannya nine whiskey two sierra yankee delta," katanya.

Beliau berharap lebih ramai penduduk di negeri akan menjadikan radio amatur sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.

Katanya, pengunaan komunikasi radio amat penting ketika berlaku bencana seperti banjir besar atau gempa bumi.

"Ketika banjir besar pada penghujung tahun lepas, ARKB telah dijemput oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk bersama-sama membantu menyelaraskan bantuan.

"Kami ditempatkan di bilik gerakan kecemasan kerajaan negeri ketika itu kerana sistem komunikasi terutama telefon bimbit di kawasan Rantau Panjang terputus sama sekali akibat banjir besar," katanya.

Tambahnya, ia jelas menunjukkan hobi tersebut akan menjadi penting pada masa kecemasan kerana ia boleh digunakan di mana sahaja tanpa mengira faktor muka bumi atau masa.