Memaparkan catatan dengan label LEISURE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LEISURE. Papar semua catatan

Rabu, 14 November 2012

VUNGTAU VIETNAM

Vungtau adalah sebuah bandar di selatan Vietnam. Supply base untik oil & gas company. Tempat pelancongan yang menarik dn banyak pantai. Dari HCM City, anda boleh menggunakan jalan darat atau air.Perjalanan agak jauh jika menggunakan darat.
Agak sukar untuk mencari makanan Halal disini.Sempat bermalam di bndar ini selama 3 malam untuk tugasan

Selasa, 6 Mac 2012

A FAMOSA

On 2-4 March, participated in the company family outing activity. Almost 200 cars were involved. Mostly depart from Kerteh.


Sekodar 73

Rabu, 15 Februari 2012

HINGES "ENGSEL" LAPTOP

Sempena cuti tiada kemana2..merobek laptop Acer5570 yang patah engsel LCD.
Alat ganti ganti yang perlu diganti adalah engsel sebelah kiri part # ZR1L.
Dimana nak cari alat ganti ni...? so order online dari UK lahh..dlm 30USD sepasang.


Keadaan screen yang dibuka frame



Kelihatan frame holder sudah patah atau putus dari main Hinges atau engsel. Didapati juga engsel telah jem yang membuatkan screen tidak dpt di tutup dgn sempurna, apabila dipaksa holder arm telah patah dan putus.

Waiting spare part from UK..yuhuuu.


Sekodar

Rabu, 8 Februari 2012

ATHENE GREECE

Bersama rakan2 ke Athene Greece. Merupakan negara yang berada di Eropah. Banyak kepulauan kecil. Mendarat di Lapangan Terbang Athene, kemudian meniaki LRT mcm ERL la utk ke bandar Athene lebih kurang 1 jam. Currency menggunakan EURO. Sesiapa yang berminat boelh datang, banyak tempat bersejarah.


apsal gamabr jadi rosak....! dihadapan The Erecthion.

Khamis, 2 Februari 2012

ISTANBUL

Bersama Rakan2 di Turki. Tempat yang menarik, senang utk makan, masjid banyak. Laluan Tram di tengah2 jln. Kalu ade duit lebih buleh datang lagi.

Sabtu, 15 Mei 2010

CSR SRIDB

Pada 15 may 2010, bersama rakan2 saltmine ke Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (Madrasah Darul Bayan Al-Islamiyah Al-Ibtida'yah) di Paka bagi menjayakan program CSR anjuran badan kebajikan Islam saltmine. Program bermula pada jam 0830 pagi sehingga 1200hrs. Di antara kerja2 yang dibuat ialah, mengecat bagunan luar dan dalam, pagar, menanam tanaman, memebrsih taman dan etc.

gambar kenangan selepas kerja2 mengecat dan memasang signboard

Selepas

Sebelum

New Sign Board




Ahad, 25 April 2010

Digital Single-Lens Reflex


Lama x update...tersangat la malas...
beralih arah ke benda ni plak..ok la untuk beginner ni...ini je termampu..

body with 18mm-135mm lens




for new comer, good for reading : http://www.canon.co.jp/imaging/enjoydslr/index.html

73

Isnin, 1 Februari 2010

XPDC TO CHENGAL BESAR DUNGUN

Pada 29-30 January 2010, Kelab Sport dan Rekreasi Saltmine aku ade mengadakan aktivity tersebut. Pada jam 1000hrs, garoup pertama sebanyak 12 jalopy pacuan 4 roda berkumpul di KIPC. Konvoi bergerak ke Jongok Batu pd jam 1100 hrs. Selepas solat Jumaat konvoi meneruskan perjalanan off road ke Camp Site Sg Loh. Lebih kurang 20 lebih Jalopy dari merata tempat menyertai acara ini. Pergerakan agak lambat kerana peserta terpaksa menempuhi kesukaran untuk merentasi sungai dan tebing yang agak tinggi dan becak (lecoh). Kami sampai di Camp Site pd jam 1800hrs.

Menunggu giliran utk merentasi lencongan melalui anak sungai akibat jambatan runtuh.

Perjalanan

Camp Site Chengal Besar

Lekat dohhh..

Ahad, 20 Disember 2009

EQUATORIAL BANGI

Sempena cuti, training dan balik ke kg XYL di Ulu Langat, bermalam di Htl Equatorial Bangi...
Hotel ni duk atas bukit, bleh monitor V38. Repeater Nasrac, Astra Genting, MARTS Ulu Kali, SCS semua dpt...Harganya RM 235 wi/out bfast...Kolam dia best...wachaa...

Kelihatan sekumpulan burung Walit berehat di anjung hotel...sesuai buat Sarang dia ni..

Garden View yang comel

berendam je.

Pool View from 8th Floor




Selasa, 15 September 2009

SUMBANGAN KPD GOLONGAN MISKIN

Saya menyertai rakan2 saltmine ke Kg Gelugor Kerteh bagi menyampaikan sebahagian sumbangan kepada golongan kurang updaya dan miskin hasil kutipan dari kakitangan Saltmine. Sebanyak lebih kurang 11K berjaya dikumpul. Beberapa orang golongan miskin, anak yatim, muallaf yg kesempitan hidup di kenalpasti di kawasan Kerteh/Kemasik. Pada 15 Ogos, sebanyak 11 rumah lagi di kawasan Kg Gelugor/Telaga Papan/Tengah dikenalpasti. Maka kami terdiri drpd beberapa orng wakil BAKIP & YPC saltmine kesana utk mengagihkan sumbangan. Sebagai orng Islam , kita dituntut memperbanyak sedekah jariah terutamanya pada bulan yang mulia ini…

Contoh Makanan Asasi

Sudah dpack seeloknya

Lumpuh, sakit jantung dan kabur mata, tinggal seorang diri

terima kasih la nak...

macam wartawan sinar harian la plakk..

makcik ni pun tinggal seorang diri..

73 Cherioo

Isnin, 17 Ogos 2009

SERUNDING SEGAR

Serunding, makanan yg tidak asing lagi dibulan puasa dan hari raya bahkan juga enak dimakan pada hari2 biasa. Segar dari kawah, lazat dan menyelerakan. Boleh ditempah dengan saya jika berkenan..

Ikan

Ayam

Daging


73 Cherioooooo



Sabtu, 8 Ogos 2009

TRIP TO JERAM

Pada jam 0900hrs 07 Ogos 09, bersama lima rakan saltmine membuat trip ke Jeram Tanduk/Kota di Air Putih Kemaman. Perjalanan dari Kerteh ke pekan Air putih mengambil masa lebih kurang 50-55 minit. Setibanya dipekan Air Putih, kenderaan kami terpaksa mengambil track laluan yg tidak berturap yang dipenuhi dengan lopak2 air. Perjalanan dari Pekan ke Jeram Tanduk (4°18'53.63"N,103°10'26.31"E) sejauh 8km. Pada jam 1230 kami keluar ke pekan utk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat menerusan semula ke Jeram Kota (4°17'45.53"N,103°10'13.00"E). Setibanya di pinggir sungai kami memasak Maggi utk mengalas perut yang agak lapar....lebih kurang 1700hrs kami bertolak balik ke base.....best2...

Bersama Jimny rakan.

Ni baru sikit...kacang je ni..

Simpang antara ke Jeram Kota & Tanduk (4°17'20.10"N,103°11'08.18"E)

Jungle Track sikit...

Mandi mandaaaa...

Solat Jumaat di masjid Air Putih..

Jeram Kota..merentasi anak sungai...

my 2.5 diesel turbo....

Lima stations.....


73...salamm



Isnin, 18 Mei 2009

SALTMINE

Besarnya mata gerudi ni, inilah mata gerudi pemecah batu2 yang mula2...lepastu dia akan memasukan Conductor, Casing dan Tubing...susahnya nak dptkan emas hitam ni..dengan teknologi terkini dan moden pelbagai kaedah telah berjaya diamalkan dalam aktiviti eksplorasi ini.
73

Sabtu, 25 April 2009

MyMESRA CARD

Sudahkah anda menukar kad Mesra/Real Reward yang lama kepada yang baru. Untuk informasi anda, mulai 1 May 2009, kad Mesra (Orange) tidak lagi akan diterima di semua stesen petronas. Oleh yang demikian, anda mempunyai dua pilihan samada memindahkan point sediada ke akaun Mesra yang baru atau menamatkan terus akaun Mesra/Reward dgn menuntut hadiah dari point yang terkumpul.
Bersegeralah menukar kad anda dimana2 station petronas kepada Kad Mesra yang baru (Gelap) untuk mengumpul mata yang lebih.

Isnin, 9 Mac 2009

MISRA


Adakah anda tahu apa itu MISRA..ia adalah singkatan bagi Minggu Silaturahim Bersama Pelanggan. Hehe, itulah salah satu acara tahunan tempat taman aku..start dari pukul 2 ptg sampai pukul 7 mlm, mcm2 acara ada..dari utk kanak2 sehingga dewasa dan mkn free biasalah...tq Holding Company Unit..

* dua harmonic bergambar dipentas..

Rabu, 7 Januari 2009

FIREFLY NOW AT KERTEH



Sebelum ini, hanya perkhidmatan Fix-Wing yang dicharter khas oleh Petronas untuk kegunaan staff nya beroperasi dari Airport Kerteh - Subang. Fix-Wing mempunyai 18 tempat duduk dan terbang dua kali sehari. Walaubagaimanapun pada hujung 2008, kontrak Fix-Wing dari MHS telah tamat dan diganti oleh anak syarikat MAS - FireFlyz. Bermula 12 January 2009, perkhidamatan pertama FireFlyz ke Kerteh akan bermula. Berikut adalah jadual penerbangan : (Isnin - Khamis Sahaja) 


Departure         Arrival
Subang              Kerteh
 06:30                07:30

Kerteh -           Subang
07:45                08:45

Subang -          Kerteh
17:00                18:00

Kerteh -           Subang
18:15                19:15

20 seat pertama akan ditempah oleh Petronas dan bakinya akan dibuka kepada orang ramai. Jadi dengan adanya penerbangan terus KL Kerteh, para businessman, staff dan penduduk tidak perlu lagi mendarat di airport Kuantan atau KT. Sesiapa yang igin menempah tiket bolehlah melayari www.fireflyz.com.my. Tambang penerbangan adalah RM159.95. Untuk staff Petronas anda boleh menghubungi Pn Norhayati Bt Alias  di 8667112



Khamis, 1 Januari 2009

SERI MALAYSIA


Pada 31/12/2008, sempat lagi menginap di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Jalan Teluk Sisek.
Sesuai untuk membawa keluarga bercuti, berhampiran dengan bandar, TC, Tangjung Lumpur etc.
Bersesuaian dengan ratenya RM130 semalaman beserta breakfast untuk 2 orang. Sebarang pertanyaan untuk urusan booking dan penginapan bolehla menghubungi 09-5136666.

Selasa, 30 Disember 2008

LA HOTEL


Tengok pada nama macam kat Los Angeles, rupanya kat Kuantan jer..pada 30/12/2008 aku bersama sorang anak lelaki aku menginap di LA Hotel Kuantan di Jalan Dato Hoe Lek. Luaran hotel biasa sajer, boleh la, untuk tidur saja.....siapa2 yang nak cuba stay disini bolehla call 09-5139693 - RM105 / RM95, berdekatan dengan East Coast Mall, Stadium, Mega Mall. Hotel dianugerahkan 3 bintang oleh kementerian pelancongan..

Ahad, 28 Disember 2008

GRAND CONTINENTAL KUANTAN



Pada 28/12/2008 aku meluangkan masa check-in di Grand Cont. Kuantan. Aku memilih hotel ini kerana berdekatan dengan hospital KMC. Hotel ini nmpak cam 3 - 4 bintang sahaja. Pada jam 1400hrs aku bertolak dari Kerteh untuk ke Kuantan. Setibanya disana terus masuk bilik..agak mahal gak rate dia, RM140 tanpa breakfast hehe...hentam saja labu...emm interior x best pom..
Dapat bilik Two Bedded, anak2 ku terus melompat2 atas katil...Nak mandi, eh mana towel, x der...haha...terpaksa called housekeeping..apala...Lepas pada tu aku tercari plug untuk mengecaj notebook aku, mana ni, x nmpak plug pun...cari punya cari ade pun satu kat bawah meja yang dipakai utuk lampu...inilah pengalaman pertama di hotel Grand Continental Kuantan...aku bagi rate 3 bintang shj untuk hotel ini....

Rabu, 29 Oktober 2008

WoodBall


Munkin permainan ini jarang diketahui ramai lagi diMalaysia. Permainan dipanggil Woodball. Ia menyerupai permainan Golf, tetapi berlainan dari beberapa peralatan. Permainan dimainkan dipadangnya yang tersendiri yang mempunyai 24 Gates. Peralatan yang diperlukan ialah "Mallet", kayu yang berbentuk T. Bahagian bawahnya menyerupai botol. Kedua " Ball" di perbuat dari kayu yang berukuran +- 3.7 Inchi diameter. Ketiga "Gate" atau gol yang mempunyai dua tiang yang berbentuk botol. Markah dikira melalui pukulan yang paling sedikit untuk memasuki gate pada setiap fairway....anda bila lagi. Gambar diatas ketika friendly match dengan pemain Malaysia dan juga pemain Pahang di Padang Woodball OGT pada tahun ini.....jomla join....best-best