Jumaat, 2 Januari 2009

2M NET 9M4RBS


Pada tanggal 31/12/2008 berkebetulan aku menginap di Kuantan, sempat mencheck-in ke 9M4RBS(Kuantan Repeater) untuk acara 2Meter Net special tahun baru yang dikelolakan oleh Net Controller 9W2AZA dari Pekan. Acara ini bermula pada jam 2100hrs kalu tak silap. Pada jam 2359hrs, sebanyak 38 rakan HAMS dari seluruh Pahang telah berjaya memancar ke repeater tersebut. Selepas jam 000hrs 01/01/09, 9W2TMP menjadi pemanggil yang ke 39 dan yg pertama untuk tahun 2009. Aku berjaya menjadi pemanggil yang ke 44 atau 45 kot dengan memancar hanya menggunakan Handy V85-Rubber Duck antenna. Acara tersebut terus berterusan sehingga jam 0100hrs dan tak pasti habis pukul berapa kerana aku sudah tertidur di bilik menginap. Tahniah untuk Net Controller pada malam tersebut yang berjaya mengawal jaluran dengan baik dan juga terima kasih untuk rakan2 PERAMAH....SELAMAT Tahun Baru Hijriah 1430 dan Masehi 2009....73 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan