Jumaat, 25 Disember 2009

ASTRO LNB

Sudah 3 hari paparan di TV ku menunjukan "Service Currently not Available". Maka aku suspect LNB punya hal, biasanya benda ni selalu jd masalah.

LNB atau nama sebenarnya Low Noise Block Converter ialah satu alat yg menerima signal dari satelit (high frequency) dan mengubahnya kepada (low freq) dan mengalirkan melalui coaxial cable ke decoder. Begitulah lebih kurangnyer..Harganye Cuma RM80..

Tetapi setelah dipasang LNB baru, gmbar muncul secara intermitant...ini ada masalah lain ni...
Rupa2 nyer decorder problem...mengikut Astro installer, harga decorder baru lebih kurang RM 600...kalu buka account baru cuma RM80 dapat semua baru...jadi aku buka la account baru dan potong account lama...dapat semua baru, decoder, dish, LNB dan kabel...

Service currently not available

Low Noise Block (LNB) Old & New

Goodbye Old Decoder (atas - 6years service) New Doecoder (below)



Ahad, 20 Disember 2009

EQUATORIAL BANGI

Sempena cuti, training dan balik ke kg XYL di Ulu Langat, bermalam di Htl Equatorial Bangi...
Hotel ni duk atas bukit, bleh monitor V38. Repeater Nasrac, Astra Genting, MARTS Ulu Kali, SCS semua dpt...Harganya RM 235 wi/out bfast...Kolam dia best...wachaa...

Kelihatan sekumpulan burung Walit berehat di anjung hotel...sesuai buat Sarang dia ni..

Garden View yang comel

berendam je.

Pool View from 8th Floor




Khamis, 17 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH

Satu Muharram detik permulaan, perpindahan nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah....
Salam Ma'al Hijrah untuk semua rakan HAMS...

Ahad, 8 November 2009

9M4RBT - UPGRADE POWER SOURCE

Pada 07 November 2009, lebih kurang 1030hrs seramai 7 station (WNA, FQL, ERZ,TQA, YNN, IAR & BRD) mula mendaki naik ke Bukit Bauk Dungun untuk aktiviti pemasangan kabel elektrik ke Repeater menggantikan bekalan kuasa yang sebelum ini hanya menggunakan bateri & Solar. Memandangkan musim tengkujuh yang sudahpun melanda pantai timur, kemunculan sinar matahari yang menjadi punca kuasa repeater amat lah terbatas. Kemunculan 9w2WZA dengan bekalan mee goreng, air batu dan keropok pada jam 1530hrs memberi tenaga kpd rakan2 untuk meneruskan kerja2. Pemasangan siap pada jam 1845hrs.


bersama TQA di depan gate TM

Memasang tali turun ke repeater

9M4RBT

Membelah Jalan

Solar Panel, x pakai dah selepas ini

Sungai Paka View

Logistic

Lagi gambar di http://www.mycallsign.my

73


Khamis, 22 Oktober 2009

YELLOW iCOM


Comelnya handy ni, warna kuning lak tu..tapi x leh pakaila utk amateur...
Handy ni jenis IC-GM1600 for Survival Craft VHF Marine..dia ade one touch access to channel 16...calling channel utk marine la ni...tersnap gambar ni masa naik Vessel kat Saltmine...






73


Rabu, 30 September 2009

CSR PHASE II

Pada 26 Ramadhan 1430 baru2 ini, aku bersama 3 rakan slatmine ke Kg Semayor & Ayer Jerneh untuk mengagihkan sumbangan yg dikumpul. Aktiviti bermula jam 1730hrs dgn bantuan Pok Nik (9w2NPK). Sebanyak 23 buah rumah berjaya dikesan yang kebanyakan terdiri drpd golongan tua yg tinggal sendirian, kanak2 cacat, ibu tunggal dn sebagainya. Alhamdillah tepat jam 1855, agihan terakhir berjaya disumbang. Walaupun kepenatan kami amat gembira kerana dpt membantu sudara2 islam yg memerlukan bantuan.

9w2NPK & Pak Cik tinggal sorang diri, mata x nmpak

Kenderaan ku menjadi pengankut

hehe..

Mencari Target

Merentasi kebun pisang

aiii...x de orang ko...


73

Selasa, 15 September 2009

SUMBANGAN KPD GOLONGAN MISKIN

Saya menyertai rakan2 saltmine ke Kg Gelugor Kerteh bagi menyampaikan sebahagian sumbangan kepada golongan kurang updaya dan miskin hasil kutipan dari kakitangan Saltmine. Sebanyak lebih kurang 11K berjaya dikumpul. Beberapa orang golongan miskin, anak yatim, muallaf yg kesempitan hidup di kenalpasti di kawasan Kerteh/Kemasik. Pada 15 Ogos, sebanyak 11 rumah lagi di kawasan Kg Gelugor/Telaga Papan/Tengah dikenalpasti. Maka kami terdiri drpd beberapa orng wakil BAKIP & YPC saltmine kesana utk mengagihkan sumbangan. Sebagai orng Islam , kita dituntut memperbanyak sedekah jariah terutamanya pada bulan yang mulia ini…

Contoh Makanan Asasi

Sudah dpack seeloknya

Lumpuh, sakit jantung dan kabur mata, tinggal seorang diri

terima kasih la nak...

macam wartawan sinar harian la plakk..

makcik ni pun tinggal seorang diri..

73 Cherioo

Ahad, 13 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PEMANCAR


Pada 11 September 2009 bertempat di Politeknik Sultan Mizan Dungun, seramai lebih kurang 100 orang termasuk XYL/Harmonic rakan HAMs daripada Dungun/Kemaman/KTerengganu/K.Berang telah berkumpul disana bagi menjayakan majlis berbuka puasa Pemancar. Lebih kurang 1830hrs, majlis dipengerusikan oleh Abg Wan 9w2WNA yg juga sebagai tuan tempat berbuka, diikuti oleh ucapan ringkas dari 9w2HBA dan wakil dari KT. Sebagai penghargaan kepada pihak Politeknik, penganjur juga menjemput Pengarah Politeknik untuk berbuka bersama.



9w2FVS,YNN,DDY & BRD

Banner

Sign Autograph dulu...

Khemah XYL dan YL..kelihatan juga air bandung..



73



Isnin, 7 September 2009

NR22L MOBILE

.....SOLD.....

Satu set Diamond NR22L Monoband Mobile Antenna utk dijual. Masih dalam bunkusan lagi dan bersinar banar lagi. Berikut adalah specnya ;-

Freq : 144-148 Mhz
Gain : 6.5 d.b
Power : 100watt
Length : 96.9"
Mount : UHF Male

Jika berminat boleh hubungi saya segera di talian 0172065955 atau email keladicanet@yahoo.com






73 Salam.

Ahad, 6 September 2009

TT CUM MEETING

Pada malam 2 Sept 2009, 2215hrs seramai 11 station berjaya berkumpul di kedai nasi kukus Paka utk membincangkan majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada 11 Sept 2009 di Politeknik Dungun. Majlis bersuarai pada jam 2340hrs.


posing 9w2ise dn swl


Dari kiri : 9w2BRD,9w2WNA,9w2LER,9w2FQL,9w2MPN,9w2ZAZ,9w2ERZ


Isnin, 17 Ogos 2009

SERUNDING SEGAR

Serunding, makanan yg tidak asing lagi dibulan puasa dan hari raya bahkan juga enak dimakan pada hari2 biasa. Segar dari kawah, lazat dan menyelerakan. Boleh ditempah dengan saya jika berkenan..

Ikan

Ayam

Daging


73 Cherioooooo



Sabtu, 8 Ogos 2009

TRIP TO JERAM

Pada jam 0900hrs 07 Ogos 09, bersama lima rakan saltmine membuat trip ke Jeram Tanduk/Kota di Air Putih Kemaman. Perjalanan dari Kerteh ke pekan Air putih mengambil masa lebih kurang 50-55 minit. Setibanya dipekan Air Putih, kenderaan kami terpaksa mengambil track laluan yg tidak berturap yang dipenuhi dengan lopak2 air. Perjalanan dari Pekan ke Jeram Tanduk (4°18'53.63"N,103°10'26.31"E) sejauh 8km. Pada jam 1230 kami keluar ke pekan utk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat menerusan semula ke Jeram Kota (4°17'45.53"N,103°10'13.00"E). Setibanya di pinggir sungai kami memasak Maggi utk mengalas perut yang agak lapar....lebih kurang 1700hrs kami bertolak balik ke base.....best2...

Bersama Jimny rakan.

Ni baru sikit...kacang je ni..

Simpang antara ke Jeram Kota & Tanduk (4°17'20.10"N,103°11'08.18"E)

Jungle Track sikit...

Mandi mandaaaa...

Solat Jumaat di masjid Air Putih..

Jeram Kota..merentasi anak sungai...

my 2.5 diesel turbo....

Lima stations.....


73...salamm