Rabu, 4 Februari 2009

TAZKIRAH I

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa  yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

 Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya  adalah  orang  yang diberi  petunjuk  melalui  ayat-ayat Qur'an,  Hadith dan  cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


1 ulasan: