Isnin, 17 Ogos 2009

SERUNDING SEGAR

Serunding, makanan yg tidak asing lagi dibulan puasa dan hari raya bahkan juga enak dimakan pada hari2 biasa. Segar dari kawah, lazat dan menyelerakan. Boleh ditempah dengan saya jika berkenan..

Ikan

Ayam

Daging


73 Cherioooooo



Sabtu, 8 Ogos 2009

TRIP TO JERAM

Pada jam 0900hrs 07 Ogos 09, bersama lima rakan saltmine membuat trip ke Jeram Tanduk/Kota di Air Putih Kemaman. Perjalanan dari Kerteh ke pekan Air putih mengambil masa lebih kurang 50-55 minit. Setibanya dipekan Air Putih, kenderaan kami terpaksa mengambil track laluan yg tidak berturap yang dipenuhi dengan lopak2 air. Perjalanan dari Pekan ke Jeram Tanduk (4°18'53.63"N,103°10'26.31"E) sejauh 8km. Pada jam 1230 kami keluar ke pekan utk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat menerusan semula ke Jeram Kota (4°17'45.53"N,103°10'13.00"E). Setibanya di pinggir sungai kami memasak Maggi utk mengalas perut yang agak lapar....lebih kurang 1700hrs kami bertolak balik ke base.....best2...

Bersama Jimny rakan.

Ni baru sikit...kacang je ni..

Simpang antara ke Jeram Kota & Tanduk (4°17'20.10"N,103°11'08.18"E)

Jungle Track sikit...

Mandi mandaaaa...

Solat Jumaat di masjid Air Putih..

Jeram Kota..merentasi anak sungai...

my 2.5 diesel turbo....

Lima stations.....


73...salamm



Rabu, 5 Ogos 2009

MINI EYEBALL

Pada malam 04 Ogos 2009, 2130hrs bertempat di Kedai Nasi Kukus Paka, seramai 11 station berjaya berkumpul untuk membincangkan masalah repeater 9M4RBT- 9w2DMM, 9w2FQL, 9w2YNN, 9w2TQA, 9w2LER, 9w2PCY, 9w2WNA, 9w2ISE, 9w2HSB, 9w2MTN dan 9w2BRD. Eyeball yg di kendalikan oleh FQL dan DMM mlm ini berjaya dan sepakat utk mendapatkan power supply yg tetap dari premis yg berdekatan. Dengan adanyer sumber kuasa yg tetap ini diharap dpt meningkatkan lagi tahap prestasi 9M4RBT yg seringkali "down" kehabisan kuasa.


9w2PCY, 9w2LER & 9w2HSB

Tea / Kopi Tarik


Tengku & Hj Sabri


Sabtu, 1 Ogos 2009

MAINTENANCE TIANG BASE ANTENNA

Berkebetulan cuti minggu, aku mengambil kesempatan utk membuat pembaikan kepada tiang base antenna yg agak condong. Kerja2 bermula pada jam 1530hrs yang berkebetulan hari yg agak mendung. Bersama seorang rakan saltmine yg sanggup membantu -SWL Fazril. Lebih kurang 1645 kerja-kerja pembaikan siap. Tersanagt dahaga, pekena "tea bing" di kedai roti nan Kerteh.


Tinggi gak nampak ni


Koya bergambar wehh...


Peace bro....


73