Selasa, 30 Disember 2008
LA HOTEL
Tengok pada nama macam kat Los Angeles, rupanya kat Kuantan jer..pada 30/12/2008 aku bersama sorang anak lelaki aku menginap di LA Hotel Kuantan di Jalan Dato Hoe Lek. Luaran hotel biasa sajer, boleh la, untuk tidur saja.....siapa2 yang nak cuba stay disini bolehla call 09-5139693 - RM105 / RM95, berdekatan dengan East Coast Mall, Stadium, Mega Mall. Hotel dianugerahkan 3 bintang oleh kementerian pelancongan..
MyCallsign Web
Atas usaha & inisiatif seorang rakan Ham dari Kota Bharu, Kelantan iaitu 9W2KEL, satu laman web baru telah diwujudkan iaitu http://www.mycallsign.my
Jika sebelum ini kita semua telah biasa dengan www.qrz.com, jadi apa kata kita semua warga Ham di Malaysia khasnya memberi sokongan atas usaha murni ini.
Tujuan utama kewujudan laman ini adalah untuk menyediakan pengkalan data bagi semua Ham di Malaysia.
Jika sebelum ini kita semua telah biasa dengan www.qrz.com, jadi apa kata kita semua warga Ham di Malaysia khasnya memberi sokongan atas usaha murni ini.
Tujuan utama kewujudan laman ini adalah untuk menyediakan pengkalan data bagi semua Ham di Malaysia.
Setakat ini terdapat lebih kurang 427(29/12/08) rakan Hams seluruh Malaysia telah mendaftar di laman web ini.
Disamping berkenalan diudara, anda juga dapat mengenali rakan melalui gambar melalui laman ini..anda juga boleh bertukar2 pendapat dan sebagainya....cubala
Ahad, 28 Disember 2008
FIRST CONTACT TO 9M4RBS
Pada jam 1240hrs 28 Dec 2008, aku berjaya memancar ke repeater Kuantan di Bukit Pelindung 9M4RBS dari home base Kerteh buat pertama kalinya. Sebelum ini x pernah berjaya memegang repeater. Munkin faktor cuaca yang membantu. Aku memancar dengan sepenuh tenaga dari Rig IC2200 dan antenna V24 yang berketinggian dalam 25kaki, rendah saja...Terima Kasih pada 9W2TTW-abg Haniff, dari PERAMAH Kuantan yang meyahut paggilan ku. Signal yang diberikan oleh abg Haniff ialah Romeo 2 - 3...okla tu...tunggu, aku akan tinggikan antenna kemudian hari...
GRAND CONTINENTAL KUANTAN
Pada 28/12/2008 aku meluangkan masa check-in di Grand Cont. Kuantan. Aku memilih hotel ini kerana berdekatan dengan hospital KMC. Hotel ini nmpak cam 3 - 4 bintang sahaja. Pada jam 1400hrs aku bertolak dari Kerteh untuk ke Kuantan. Setibanya disana terus masuk bilik..agak mahal gak rate dia, RM140 tanpa breakfast hehe...hentam saja labu...emm interior x best pom..
Dapat bilik Two Bedded, anak2 ku terus melompat2 atas katil...Nak mandi, eh mana towel, x der...haha...terpaksa called housekeeping..apala...Lepas pada tu aku tercari plug untuk mengecaj notebook aku, mana ni, x nmpak plug pun...cari punya cari ade pun satu kat bawah meja yang dipakai utuk lampu...inilah pengalaman pertama di hotel Grand Continental Kuantan...aku bagi rate 3 bintang shj untuk hotel ini....
Jumaat, 26 Disember 2008
HARMONIC
Anak atau dalam bahasa Radio "Harmonic" aku yang kecil sekali yang baru mencecah 9 bulan sudah 5 hari batuk2/muntah , selsema dan demam. Kesian dia x selesa tidur malam.
Ubat sudah byk diberikan oleh GP klinik kat sini. Pada hari ini 26 Dis, XYL membawa berjumpa dgn doktor pakar pedeatric di Kuantan....terus dinasihatkan masuk wad, hehe...x per insurankan ade...masuk jelah....tapi kesian gak, kena cucuk tangan untuk ambik darah...dianatara rawatan yang akan diterima, bermacam2 ubat dan antibiotik di masukan melalui tgn, neubulizer, chest physiotraphy, x-ray dada, check darah....
Khamis, 25 Disember 2008
4G93 Ku
Inilah mesin pertama yg aku beli pada tahun 2001. Wira Aeroback 1.3. Masa tu amat gembira
kerana dpt memliki kenderaan sendiri. Selepas 3 bulan digunakan di KL, aku mendapat tawaran baru di Terengganu. Apa lagi accept sajer...Pada tahun 2003, aku menjadi minat pada engin2 kereta, lantas terus menukar enjin 1.3 ku kepada 4G93..masa tu aku beli 1500 sajer, pasang di Greenwood...hehe..best enjin pickup dan kuat....aku bergerak dijalan raya secara "haram" selama 3 tahun kerana tidak mendapat kelulusan pihak yg berwajib..alhamdulillah, pada 2006 aku berjaya mendapatakan kelulusan dgn bantuan kawan abg aku di kuantan.....sepanjang 7 tahun menggunakan tiada masalah besar dihadapi...
Rabu, 10 Disember 2008
AIDILADHA 1429H
Alhamdullilah, tepat jam 1245hrs semuanya selesai menguruskan seekor lembu korban sempena Aidiladha 2008. Walaupun di temani suasana yang lembap, hujan dan golongan "amatuer" yang mengendalikan urusan mengupas lembu, namun suasana tetap meriah dan dapat diselesaikan dengan jayanya. Aku mengambil satu bahagian dari lembu tersebut. Kemunculan lembu tersebut amat ditunggu2 sehingga pagi Hari Raya, masih lagi tidak kelihatan batang hidung lembu tersebut. Pada jam lebih kurang 1000hrs, tokey lembu memberitahu lembu sudah pun tiba dari "Seberang". Sperti tahun2 sudah, datuk aku mengambil lembu yang akan dikorbankan melalui saudagar lembu di kampungku " Pok Hok".
Langgan:
Catatan (Atom)