Sabtu, 31 Januari 2009

k-RAMAT

Apakah itu k-KRAMAT...?, untuk peminat radio amateur tidak salah bagi anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut....k-RAMAT atau ringkasanyae Koperasi Radio Amatur Malaysia adalah bermatlamat untuk menubuhkan sebuah koperasi sebaguna yang ahlinya adalah dikalangan peminat radio amatur. Ia mempunyai matlamat dan objektifnya yang tersendiri. Untuk mengetahuinya dgn lebih lanjut, sila layari http://k-ramat.blogspot.com. 
Terima kasih 9W2REJ dan rakan2 yang telah berjaya menubuhkan pertubuhan ini..

* sumber dan maklumat dari rakan2 hams

Isnin, 26 Januari 2009

GERHANA MATAHARI - SOLAR ECLIPSE


Pada tanggal 26 January 2009 dikala semua bangsa Tionghua menyambut tahun baru China,Malaysia mengalami gerahana matahari separa. Mengikut Agensi Angkasa Negara, gerhana tersebut berlaku pada waktu asar at 1630hrs. Peristiwa ini berlaku apabila bulan yang dalam orbitnya mengelilingi bumi berada diantara bumi dan matahari. Sebagai orang islam, disunat kan menunaikan solat sunat gerhana pada waktu berlakunya peristiwa tersebut. Alangkah ruginya aku terlepas peristiwa tersebut hari ini...masyallah...

* bukan gambar sebenar gerhana, hiasan semata2..

Sabtu, 24 Januari 2009

CLUB APPAREL


Buat kenangan saje, akan dipakai apabila ade acara rasmi kelab..hehe..mahal ni..terima kasih ARKB & AKRAB. Tak termasuk dalam gambar, baju PMC, Proton Mania Club...

Isnin, 19 Januari 2009

NEW SHAFT FOR JALOPY


Bergegar seluruh dashboard apabila aku menekan pedal minyak, ku sangakan tayar atau rim yang menyebabkan gegaran. Namun tekaan ku meleset, selepas di test oleh pomen, drive shaft sebelah kanan sudah longgar. Aku mengambil keputusan utk menukar satu set drive sahft yang baru. Selepas di buka, alangkah terkejutnya aku, sendi yg menghubugkan shaft tersebut terkulai jatuh, rupa2nya bearing sudah hancur....hehe...maklumla, jarang naik kereta ni...minat ajer modify kereta....

Rabu, 7 Januari 2009

FIREFLY NOW AT KERTEH



Sebelum ini, hanya perkhidmatan Fix-Wing yang dicharter khas oleh Petronas untuk kegunaan staff nya beroperasi dari Airport Kerteh - Subang. Fix-Wing mempunyai 18 tempat duduk dan terbang dua kali sehari. Walaubagaimanapun pada hujung 2008, kontrak Fix-Wing dari MHS telah tamat dan diganti oleh anak syarikat MAS - FireFlyz. Bermula 12 January 2009, perkhidamatan pertama FireFlyz ke Kerteh akan bermula. Berikut adalah jadual penerbangan : (Isnin - Khamis Sahaja) 


Departure         Arrival
Subang              Kerteh
 06:30                07:30

Kerteh -           Subang
07:45                08:45

Subang -          Kerteh
17:00                18:00

Kerteh -           Subang
18:15                19:15

20 seat pertama akan ditempah oleh Petronas dan bakinya akan dibuka kepada orang ramai. Jadi dengan adanya penerbangan terus KL Kerteh, para businessman, staff dan penduduk tidak perlu lagi mendarat di airport Kuantan atau KT. Sesiapa yang igin menempah tiket bolehlah melayari www.fireflyz.com.my. Tambang penerbangan adalah RM159.95. Untuk staff Petronas anda boleh menghubungi Pn Norhayati Bt Alias  di 8667112



Ahad, 4 Januari 2009

FIRST DAY SCHOOL


On 04th January 2008, permulaan bagi penggal persekolahan bagi tahun 2009 di Terengganu.
Termasukla dua orang anak ku, yang memasuki Tadika. Nu'man (6) dan Faris (5) masing2 bersekolah di Tadika yang sama. Abang yang sulong sulong sudah mempunyai pengalaman 4 tahun berada di Taska, sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk ke sekolah. Pada jam 0730hrs, mereka berdua masih lagi nyeyak tidur, aku terpaksa mengejutkan mereka, apalagi mengamukla, nak tidur lagi....Sesampainya di sekolah, abang sulong menunujukan perangai nya, tidak mahu berjalan, terpaksa diusung ke kelas. 6 Crocus, itulah kelas nya, semua rakan sekelas adalah kebanyakan rakan yang terdahulu, should be no problem untuk bergaul. Sebaliknya, Faris memasuki kelas 5 Amethyst dengan tersengih2, teruja tanpa sebarang masalah. Ini adalah kelas yang pertama baginya. Tidak pernah di hantar ke mana2 taska sebelum ini. Itu lah anak2, macam2 ragam.  Cheriooo..

Jumaat, 2 Januari 2009

ANTENNA MR77



Pada 01/01/2009, aku menerima bunkusan kurrier dari Selangor, SCS - Dato' Lec. Antenna dual band Magnet Mount dan akan di pasangkan di kereta yang kedua ku- Toyota. Cute, comel dan pendek sahaja bentuknya. Berikut adalah spesifikasi antenna tersebut.
Diamond Antenna
2m/70cm Dual Band (144-148/440-450)
Siap dengan 13 kaki RG58/U SMA Male Connector
Panjang 19.5 inchi (0.5m)
2.15 dB gain 2m / 3.5 dB gain 70cm

Kawan2, jom la cuba, boleh di ubah2 ke mana2 sahaja , tidak semestinya di kereta, asalkan melekat di besi.

2M NET 9M4RBS


Pada tanggal 31/12/2008 berkebetulan aku menginap di Kuantan, sempat mencheck-in ke 9M4RBS(Kuantan Repeater) untuk acara 2Meter Net special tahun baru yang dikelolakan oleh Net Controller 9W2AZA dari Pekan. Acara ini bermula pada jam 2100hrs kalu tak silap. Pada jam 2359hrs, sebanyak 38 rakan HAMS dari seluruh Pahang telah berjaya memancar ke repeater tersebut. Selepas jam 000hrs 01/01/09, 9W2TMP menjadi pemanggil yang ke 39 dan yg pertama untuk tahun 2009. Aku berjaya menjadi pemanggil yang ke 44 atau 45 kot dengan memancar hanya menggunakan Handy V85-Rubber Duck antenna. Acara tersebut terus berterusan sehingga jam 0100hrs dan tak pasti habis pukul berapa kerana aku sudah tertidur di bilik menginap. Tahniah untuk Net Controller pada malam tersebut yang berjaya mengawal jaluran dengan baik dan juga terima kasih untuk rakan2 PERAMAH....SELAMAT Tahun Baru Hijriah 1430 dan Masehi 2009....73 

Khamis, 1 Januari 2009

SERI MALAYSIA


Pada 31/12/2008, sempat lagi menginap di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Jalan Teluk Sisek.
Sesuai untuk membawa keluarga bercuti, berhampiran dengan bandar, TC, Tangjung Lumpur etc.
Bersesuaian dengan ratenya RM130 semalaman beserta breakfast untuk 2 orang. Sebarang pertanyaan untuk urusan booking dan penginapan bolehla menghubungi 09-5136666.