Selasa, 30 Disember 2008
LA HOTEL
Tengok pada nama macam kat Los Angeles, rupanya kat Kuantan jer..pada 30/12/2008 aku bersama sorang anak lelaki aku menginap di LA Hotel Kuantan di Jalan Dato Hoe Lek. Luaran hotel biasa sajer, boleh la, untuk tidur saja.....siapa2 yang nak cuba stay disini bolehla call 09-5139693 - RM105 / RM95, berdekatan dengan East Coast Mall, Stadium, Mega Mall. Hotel dianugerahkan 3 bintang oleh kementerian pelancongan..
MyCallsign Web
Jika sebelum ini kita semua telah biasa dengan www.qrz.com, jadi apa kata kita semua warga Ham di Malaysia khasnya memberi sokongan atas usaha murni ini.
Tujuan utama kewujudan laman ini adalah untuk menyediakan pengkalan data bagi semua Ham di Malaysia.
Ahad, 28 Disember 2008
FIRST CONTACT TO 9M4RBS
Pada jam 1240hrs 28 Dec 2008, aku berjaya memancar ke repeater Kuantan di Bukit Pelindung 9M4RBS dari home base Kerteh buat pertama kalinya. Sebelum ini x pernah berjaya memegang repeater. Munkin faktor cuaca yang membantu. Aku memancar dengan sepenuh tenaga dari Rig IC2200 dan antenna V24 yang berketinggian dalam 25kaki, rendah saja...Terima Kasih pada 9W2TTW-abg Haniff, dari PERAMAH Kuantan yang meyahut paggilan ku. Signal yang diberikan oleh abg Haniff ialah Romeo 2 - 3...okla tu...tunggu, aku akan tinggikan antenna kemudian hari...
GRAND CONTINENTAL KUANTAN
Pada 28/12/2008 aku meluangkan masa check-in di Grand Cont. Kuantan. Aku memilih hotel ini kerana berdekatan dengan hospital KMC. Hotel ini nmpak cam 3 - 4 bintang sahaja. Pada jam 1400hrs aku bertolak dari Kerteh untuk ke Kuantan. Setibanya disana terus masuk bilik..agak mahal gak rate dia, RM140 tanpa breakfast hehe...hentam saja labu...emm interior x best pom..
Jumaat, 26 Disember 2008
HARMONIC
Anak atau dalam bahasa Radio "Harmonic" aku yang kecil sekali yang baru mencecah 9 bulan sudah 5 hari batuk2/muntah , selsema dan demam. Kesian dia x selesa tidur malam.
Khamis, 25 Disember 2008
4G93 Ku
Inilah mesin pertama yg aku beli pada tahun 2001. Wira Aeroback 1.3. Masa tu amat gembira
Rabu, 10 Disember 2008
AIDILADHA 1429H
Alhamdullilah, tepat jam 1245hrs semuanya selesai menguruskan seekor lembu korban sempena Aidiladha 2008. Walaupun di temani suasana yang lembap, hujan dan golongan "amatuer" yang mengendalikan urusan mengupas lembu, namun suasana tetap meriah dan dapat diselesaikan dengan jayanya. Aku mengambil satu bahagian dari lembu tersebut. Kemunculan lembu tersebut amat ditunggu2 sehingga pagi Hari Raya, masih lagi tidak kelihatan batang hidung lembu tersebut. Pada jam lebih kurang 1000hrs, tokey lembu memberitahu lembu sudah pun tiba dari "Seberang". Sperti tahun2 sudah, datuk aku mengambil lembu yang akan dikorbankan melalui saudagar lembu di kampungku " Pok Hok".
Rabu, 26 November 2008
Radio Amateur - Part I
RIG, dalam bahasa oil&gas adalah structure yang digunakan untuk mengorek minyak diperut bumi, manakala dlm Hams Radio adalah sebuah transceiver yang boleh memancar dan menrima frequency....aku mempunyai sebijik handy V85 dan dua bijik rig mobile yang paling disukai ramai oleh golongan hams (IC2200H). Satu dipasang kat Wira buruk ku, satu lagi dipasang di bilikku (myworkstation corner). Rig adalah adalah salah satu peralatan yang diperlukan untuk seseorang ahli Hams...to be cont...
Rabu, 29 Oktober 2008
WoodBall
Munkin permainan ini jarang diketahui ramai lagi diMalaysia. Permainan dipanggil Woodball. Ia menyerupai permainan Golf, tetapi berlainan dari beberapa peralatan. Permainan dimainkan dipadangnya yang tersendiri yang mempunyai 24 Gates. Peralatan yang diperlukan ialah "Mallet", kayu yang berbentuk T. Bahagian bawahnya menyerupai botol. Kedua " Ball" di perbuat dari kayu yang berukuran +- 3.7 Inchi diameter. Ketiga "Gate" atau gol yang mempunyai dua tiang yang berbentuk botol. Markah dikira melalui pukulan yang paling sedikit untuk memasuki gate pada setiap fairway....anda bila lagi. Gambar diatas ketika friendly match dengan pemain Malaysia dan juga pemain Pahang di Padang Woodball OGT pada tahun ini.....jomla join....best-best
Jumaat, 10 Oktober 2008
MESRA MALL
Pada 10 Oktober 2008, Komplek tersebut telah pun dibuka utk kegunaan org ramai.
Diantara kemudahan yg terdapat disana ialah pasaraya Giant, Bank, Bowling, Pawagan etc.
Dengan kewujudan komplek tersebut, serba sedikit membantu penduduk dikawasan ini menikmati kemudahan yang berdekatan selain dari bandar Chukai dan Kuantan
Isnin, 6 Oktober 2008
KOTA JEMBAL
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.
Rabu, 1 Oktober 2008
HOBI RADIO AMATEUR
Di Petik dari Utusan Malaysia, Khamis 12 Jun 2008
KOTA BHARU 11 Jun - Biar pun jumlah pengguna radio amatur tidak ramai iaitu kira-kira 300 pengguna berlesen di negeri ini tetapi ia berkembang agak pantas dan menjadi hobi yang popular pada masa kini.
Malah sejak tahun lepas, beberapa persatuan radio amatur ditubuhkan hampir di setiap daerah di negeri ini seperti Kelab Radio Amatur Kota Bharu (ARKB).
Presiden ARKB, Sydina Abidin Abdullah berkata, kelab tersebut ditubuhkan pada penghujung tahun lepas dan kini sedang giat untuk mengumpulkan ahli-ahli yang berselerak di negeri ini.
Katanya, ramai yang tidak memahami kegunaan sebenar radio amatur dan kebanyakannya hanya beranggapan untuk berkomunikasi semata-mata.
"Secara umumnya, radio amatur merupakan perkhidmatan radio komunikasi bagi tujuan latihan diri, interkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur.
"Malah dengan pembelajaran yang berterusan radio amatur boleh juga digunakan bersama Internet untuk meluaskan lagi penggunaannya.
"Kini, radio amatur merupakan hobi yang semakin popular dengan dianggarkan pengendalinya melebihi enam juta orang di seluruh dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Sydina Abidin berkata, hobi radio amatur tidak memerlukan kos yang tinggi dan ianya amat berpatutan dengan faedah yang diperoleh penggunanya.
Katanya, kos untuk sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan sebuah televisyen bersaiz 14 inci iaitu di sekitar RM400.
"Bagi sebuah radio yang besar pula kosnya adalah sama dengan sebuah komputer, jadi ia tidak terlalu mahal, melalui hobi ini kita boleh menambah kenalan dari seluruh dunia.
"Tetapi hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat radio amatur, bagi mendapatkan sijil perakuan ini tidak terlalu susah syaratnya ialah warganegara Malaysia dan berusia lebih 14 tahun serta lulus ujian," katanya.
Menurutnya, untuk peringkat asas sesorang itu perlu lulus ujian kefahaman radio bagi mendapatkan sijil perakuan kelas B manakala peringkat pertengahan mereka harus ujian kod morse dan ujian-ujian teori serta radio bagi mendapatkan sijil perakuan kelas A.
Kata beliau, kedua-dua sijil tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selepas lulus ujian yang diadakan.
"Lebih menarik pengguna radio amatur mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri di udara, kesemua mereka diberikan satu nama panggilan atau callsign yang terdiri daripada abjad dan nombor yang mewakili kawasan pemanggil.
"Sebagai contoh, 'callsign' untuk saya ialah 9W2SYD atau sebutannya nine whiskey two sierra yankee delta," katanya.
Beliau berharap lebih ramai penduduk di negeri akan menjadikan radio amatur sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.
Katanya, pengunaan komunikasi radio amat penting ketika berlaku bencana seperti banjir besar atau gempa bumi.
"Ketika banjir besar pada penghujung tahun lepas, ARKB telah dijemput oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk bersama-sama membantu menyelaraskan bantuan.
"Kami ditempatkan di bilik gerakan kecemasan kerajaan negeri ketika itu kerana sistem komunikasi terutama telefon bimbit di kawasan Rantau Panjang terputus sama sekali akibat banjir besar," katanya.
Tambahnya, ia jelas menunjukkan hobi tersebut akan menjadi penting pada masa kecemasan kerana ia boleh digunakan di mana sahaja tanpa mengira faktor muka bumi atau masa.